Skip to main content

Streamyx ke Unifi


Setelah sekian lama melanggan streamyx 1 mbps, akhirnya beralih juga ke Unifi walaupun bukan pilihan utama waktu itu.  Ini kerana hampir 3 bulan masalah streamyx conection putus putus sehingga nak buka google pun susah. Walaupun 2x dilapor kepada pihak TM masalah masih sama. Trafik penggunaan Internet dalam rumah pula semakin meningkat, timbul perasaan mahu upgrade ke pakej sreamyx yang lebih advance sikit. Saya memilih untuk upgrade ke 8 mbps + Hyptv basic dengan harga Rm 140 (promosi). Mengapa masih pilih TM? kerana service perkhidmatan apabila berlaku masalah internet sangat pantas dan berpuas hati. 

Saya ke cawangan TM Point Solaris Mont Kiara dimana berhampiran dengan kediaman. Setelah dibuat semakan, kediaman saya paling laju 1 mbps sahaja untuk streamyx. Oleh kerana bajet untuk talian internet lingkungan Rm 150 sahaja, saya mula mencari alternative lain dengan bertanya dengan pakcik google. Yang ada dalam pilihan Maxis Fibre dan Time Fibre (selain streamyx). Sebenarnya Time Fibre agak menarik pakejnya, namun dikawasan kediaman saya, tiada coveragenya setelah semakan dilakukan dalam laman Time. Maka Maxis Fibre satu-satu pilihan yang ada dengan bajet saya. Namun begitu setelah melihat forum forum yang berkaitan jika berlaku kerosakan atau masalah internet, Maxis akan bekerjasama dengan TM, maka saya memilih untuk TM kembali.

So pakej yang murah hanya Unifi 30 mbps, kalau ada yang lagi murah, confirm ambil yang tu. Pencarian dengan pakcik google bagi mencari Ajen salesmen Unifi/streamyx dengan pakej tawaran menarik dilakukan, ada dapat smarttag, rebete, dan lain-lain. Ini mungkin komisien jualan yang dikurangkan drpd ajen berkenaan, macam jurujual kereta. Tanggal 7/12/2016 secara rasmi pemasangan dilakukan di rumah. Dengan  kontrak 2 tahun (tak suka sgt kontrak) atas pakej upgrade streamyx maka UNIFI 30 mbps dengan Hyptv basic + Aneka Pack. Pemasangan cuma plug n play saja serta setting dilakukan oleh Contactor TM

Contoh - contoh iklan Perkhidmatan Internet Home







Setelah sebulan berlanggan Unifi, siaran hypptv penuh percuma sebulan telah tamat.yang tinggal Hypptv basic + aneka pack. Bil bulan pertama dan ke 2 unifi adalah seperti berikut :







Comments

Popular posts from this blog

Pasar Malam Pasir Puteh (Night Market)

Sekiranya anda berkunjung ke Bandar Pasir Puteh, Kelantan ,mesti mahu mengetahui apa yang menariknya disana bukan? Ok, untuk episod ini saya ingin memperkenalkan satu aktiviti sekiranya anda bermalam di sekitar pasir puteh. Bagi masyarakat setempat adalah tidak asing lagi tentang pasar malamnya@night market. Pasar ini diadakan setiap malam Sabtu. Ianya dibuka bermula jam 5.00 ptg dan berakhir sekitar jam 10.00 malam. Disini saya kongsikan foto-foto di malam berkenaan.

Mutiara Hikmah

Mutiara Hikmah 1